Friday, December 11, 2009

Aktiviti 13: Tugasan 4 - Mini Kajian Tindakan

Definisi Kerangka Operasional Kajian

Menjelaskan perkataan tertentu dalam kajian yang meragukan pemahaman bukannya mendefinisikan tajuk kajian.

Cara untuk mendefinisikan ialah dengan memilih perkataan dan berikan definisi mengikut fahaman penyelidik bukannya berdasarkan kamus.

Definisi Kerangka Konseptual

Dalam kerangka konseptual, hal utama yang perlu dititikberatkan adalah hubungan suatu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain, terutamanya pembolehubah yang penting.
Kerangka konseptual dilakukan dengan mengemukakan bagaimana hubungan pembolehubah tidak bersandar dan pembolehubah bersandar. Hubungan ini mestilah mempunyai sokongan secara ilmiah seperti dari sumber-sumber rujukan ilmiah.

Cara yang paling mudah ialah dengan mengambil kesimpulan daripada kajian orang lain yang relevan dengan pembolehubah yang dikaji.

Definisi Teoritikal Kajian

Kerangka teoritikal menentukan persoalan kajian yang hendak dilakukan. Ia menjadi panduan bagi menentukan orientasi penyelidikan yang akan dilakukan. Ia juga mengenal pasti apa yang menjadi minat pengkaji, soalan-soalan yang berlegar-legar di mindanya dan yang menjadi teka-teki.

Satu kaedah untuk menentukan kerangka pemikiran ialah melalui tinjauan literasi dengan pembacaan yang berkait rapat dengan tajuk yang sedang dikaji. Tajuk jurnal, kata kunci dan maklumat-maklumat lain yang didapati sepanjang pencarian berkenaan, penyelidik akan berjumpa dengan konsep, model dan teori yang berbagai-bagai jenis. Yang boleh dibuat ialah memberi pengkelasan terhadap hasil dapatan tersebut untuk menjadi kunci utama kepada kerangka teoritikal nanti.

Kepentingan Kerangka Teoritikal

Kerangka teoritikal membentuk konsep, terma, definisi, model dan teori yang menjadi asas dan orientasi disiplin bagi kajian yang hendak dilaksanakan. Seterusnya akan membentuk "masalah" bagi kajian, soalan kajian, pengumpulan data dan analisis serta bagaimana hendak mentafsir data.

Penyelidik harus bijak memilih kerangka teoritikal kerana ia akan menjadi panduan dalam proses penyelidikan bagi mengenal pasti terma yang relevan dengan konsep, definisi pemboleh ubah, soalan-soalan khusus yang hendak diselidik, memilih responden kajian, prosedur pemilihan, strategi pengumpulan data, teknik menganalisis dan interpretasi hasil dapatan kajian.

Perkara yang harus diberi perhatian ialah semua aspek kajian akan mendapat kesan daripada kerangka teoritikal yang telah dibentuk tadi. Ciri-ciri kerangka teoritikal yang baik meliputi:

i. Membantu penyelidik mengenalpasti topik yang hendak dikaji.
ii. Panduan mencari kajian-kajian lepas.
iii. Memilih aspek yang difokus.
iv. Merapatkan jurang antara meklumat yang diketahui dan tidak diketahui.
v. Memberi panduan kepada pengkaji memilih responden yang sesuai.

Definisi Operasional

Definisi operasional yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut:

i. Powerpoint
Dalam kajian ini, powerpoint merujuk kepada alat bantu mengajar yang digunakan semasa proses P&P bagi menarik minat pelajar untuk mempelajari tentang alatan pertukangan. Teknologi yang digunakan ini memaparkan gambar-gambar statik dan arahan kepada pelajar tentang penggunaan alatan pertukangan.

ii. Tayangan video
Penggunaan tayangan video dalam kajian ini merupakan teknologi yang digunakan dalam P&P untuk memberikan gambaran yang sebenar kepada pelajar mengenai penggunaan alatan pertukangan. Melalui tayangan video ini guru tidak perlu melakukan demonstrasi secara realiti. Tayangan video ini boleh diulang tayang kepada pelajar sekiranya pelajar tidak faham apa yang ditayangkan oleh guru.

iii. Pelajar masalah pembelajaran
Pelajar bermasalah pembelajaran dalam kajian ini merupakan golongan pelajar yang mengalami kekurangupayaan yang menyebabkan mereka menghadapi kesukaran dalam proses pembelajaran mereka sama ada berbetuk akademik mahupun bukan akademik. Pelajar ini terdiri daripada pelajar down sindrom, autisma, hiperaktif, serebral palsy, disleksia dan lain-lain. Mereka menghadapi masalah dalam kemahiran pengurusan diri, manipulatif, kognitif, kelemahan dari aspek sosial dan komunikasi.

iv. Alatan pertukangan
Alatan pertukangan yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah alat-alat yang digunakan untuk kerja-kerja pertukangan. Antara alat-alat yang dimaksudkan ialah tukul, gergaji, paku, pahat, pita pengukur dan sebagainya. Pembelajaran alatan pertukangan ini merupakan salah satu pelajaran yang terdapat dalam mata pelajaran kemahiran hidup.

Kerangka Konseptual Kajian


Kerangka konseptual kajian ini dibentuk berdasarkan Teori Keadaan Pembelajaran oleh R. Gagne (1985). Teori ini menyatakan terdapat pelbagai jenis pembezaan atau tahap pembelajaran di mana pada setiap tahap mempunyai arahan yang berbeza. Gagne mengenalpasti 5 kategori pembelajaran iaitu maklumat verbal, kemahiran intelektual, strategi kognitif, kemahiran motor dan sikap. Perbezaan keadaan dalaman dan luaran diperlukan untuk setiap jenis pembelajaran. Kerangka konseptual kajian ini terdiri daripada 3 pembolehubah iaitu tingkahlaku, tahap kognitif dan pencapaian. Kajian-kajian lepas telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan di antara tingkahlaku dan pencapaian (Abu Bakar 1991, Haniza 2003, Neal et al. 1970, Siti Rahayah 1988). Di dalam kajian ini, kami ingin mengkaji hubungan di antara tingkahlaku dan pencapaian.

Gagne (1985) juga menyatakan tugasan pembelajaran untuk kemahiran intelektual boleh disusun dalam bentuk hierarki mengikut kompleksiti berikut:

* Pengenalan rangsangan
* Penjanaan tindakbalas
* Mengikut prosedur
* Penggunaan terminologi
* Diskriminasi
* Format konsep
* Peraturan aplikasi
* Penyelesaian masalah

Kepentingan utama hierarki ini adalah untuk mengenalpasti syarat-syarat yang sepatutnya dilengkapkan untuk memudahkan pengajaran pada setiap tahap. Gagne (1985) juga menggariskan 9 peristiwa pengajaran iaitu:

* Mendapatkan perhatian
* Mengenalpati objektif
* Imbas kembali pengajaran lepas
* Mencetuskan rangsangan
* Mengawal pembelajaran
* Mencungkil prestasi
* Memberi maklum balas
* Menilai prestasi
* Mengekalkan/Memindahkan

Melalui kajian ini, 9 peristiwa ini akan diaplikasikan seperti berikut:

Objektif Pengajaran:

1. Pelajar boleh menamakan alatan pertukangan dengan mudah dan betul.
2. Pelajar boleh menyebut semula alat pertukangan apabila ditunjukkan.
3. Pelajar boleh menunjukkan semula cara penggunaan alatan dengan betul.

Kaedah:

*Mendapatkan perhatian - Menunjukkan kepelbagaian jenis alatan pertukangan.
*Mengenalpati objektif - Contoh soalan: "Apakah nama alatan yang ditunjukkan?"
*Imbas kembali pengajaran lepas - Melihat semula gambar-gambar peralatan pertukangan.
*Mencetuskan rangsangan - Dapat menyatakan kegunaan alatan pertukangan.
*Membantu dalam pembelajaran - Skafolding : Powerpoint dan tayangan video.
*Mencungkil prestasi- Guru menyoal pelajar tentang perbezaan penggunaan sesuatu alatan.
*Memberi maklum balas - Guru menilai jawapan pelajar (Betul/Salah).
*Menilai prestasi - Guru menyediakan skor markah dan membetulkan kesalahan pelajar.
*Meningkatkan/Mengekalkan pengajaran - Sekiranya objektif tercapai pembelajaran baru akan diajar. Jika objektif pengajaran tidak tercapai pengajaran dikekalkan (Proses pengulangan).
Rujukan:

Abu Bakar Nordin. 1991. Kesan pencapaian akademik kepada sikap terhadap pelajaran.
Jurnal Psikologi Malaysia. 7: 41-60.
Haniza Abdul Khalid. 2003. Sikap dan motivasi terhadap bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Neal, D.C., Gill, V dan Tismer, W. 1970. Relationship between attitude toward school
subject and school achievement. Journal of Educational Research. 6 (52):232-238.
Nur`Ashiqin Najmuddin. 2005. Sikap pelajar matrikulasi terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris.
Siti Rahayah Arifffin. 1988. Kajian mengenai sikap terhadap sains dan pencapaian dalam
matapelajaran sains paduan bagi pelajar tingkatan tiga. Tesis M. Ed. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Kerangka Teoritikal Kajian

Kajian ini menganggap bahawa powerpoint dan video dalam P&P bagi mengenalpasti alatan pertukangan Kemahiran Hidup sebagai langkah yang praktikal untuk meningkatkan pengetahuan, kesediaan dan kemahiran yang akan secara beransur-ansur menjurus kepada pemahaman pelajar dalam penggunaan alatan, aspek keselamatan dan kebersihan pada masa akan datang. Huraian kepada kerangka teoritikal dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat permulaan, peringkat pertengahan dan peringkat akhir.

Peringkat permulaan adalah prasyarat bagi kajian ini yang merujuk kepada asas mengenal alatan pertukangan dalam Kemahiran Hidup iaitu melalui persembahan slaid dan tayangan video. Setelah kedua-dua kaedah itu digunakan, guru meminta pelajar menamakan semula alatan pertukangan dengan mudah dan betul. Pada peringkat ini, penerapan Teori Konstruktivisme (J. Bruner, 1996) digunakan untuk membina dan membentuk skema dalam pemikiran pelajar melalui pengalaman dan pemerhatian. Setelah skema terbentuk, diharapkan pelajar boleh menyebut semula alatan pertukangan dan menunjuk semula cara penggunaan dengan betul.

Peringkat pertengahan menjelaskan prosedur yang digunakan dalam kajian ini. Prosedur merujuk kepada pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam perlaksanaan kajian. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam kajian ini diaplikasikan daripada 9 peristiwa pengajaran yang telah dilaksanakan oleh R. Gagne (1985) iaitu mendapatkan perhatian, mengenalpasti objektif, imbas kembali pengajaran lepas, mencetuskan rangsangan, membantu dalam pembelajaran, mencungkil prestasi, memberi maklum balas, menilai prestasi dan meningkatkan atau mengekalkan pengajaran. Aktiviti-aktiviti yang disyorkan ialah perbincangan, kerja berkumpulan, sumbangsaran, demonstrasi, projek, simulasi, lawatan dan pemerhatian.

Peringkat akhir merujuk kepada peringkat melaksanakan penggunaan powerpoint dan tayangan video dapat membantu pelajar mengenalpasti alatan pertukangan. Selain itu, penggunaan alat bantu mengajar ini dapat menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap P&P, seterusnya dapat meningkatkan pemahaman pelajar. Pada peringkat inilah tahap penguasaan pengetahuan pelajar terhadap pengenalpastian alatan pertukangan akan dikenalpasti melalui penilaian prestasi oleh guru.

Friday, December 4, 2009

Tugasan 1 : Ulasan Buku

Buku : Action Research : Teachers as Researchers in the ClassroomPenulis : Craig A. Mertler (Bowling Green State University)

MAKSUD KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan telah mula menarik minat para guru, pentadbir dan pembuat dasar di dalam negara (Mills, 2007). Kajian yang sistematik yang dikawal oleh para guru, pentadbir, kaunselor atau lain-lain dengan menarik minat seseorang dalam proses pengajaran dan pemahaman atau persekitaran untuk mencari jalan mendapatkan maklumat tentang bagaimana perjalanan utama persekolahan, bagaimana mereka mengajar, dan bagaimana pelajar mereka faham (Mills, 2007).


MENGAPA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan cara yang berkesan untuk menggabungkan antara teori dan amalan, selain itu dapat meningkatkan amalan dalam pendidikan, juga memberi kuasa kepada para guru untuk membuat keputusan, mengenalpasti masalah-masalah pendidikan dan menyelesaikannya, menyediakan peluang-peluang untuk guru mengembangkan profesyen perguruan, dan dapat memberi pengetahuan kepada guru-guru novis atau guru-guru pelatih.


PROSEDUR KAJIAN
Kajian tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat iaitu perancangan, perlaksanaan, pemantauan dan refleksi.
1. Pada peringkat perancangan terdapat 4 langkah iaitu mengenalpasti permasalahan tajuk, mengumpul maklumat, mengkaji kajian-kajian lepas yang berkaitan dan membina perancangan-perancangan kajian.
2. Peringkat perlaksanaan perkara yang dilakukan adalah melaksanakan perancangan dan mengumpul data serta menganalisis data.
3. Proses pemantauan mengenai perlaksanaan apa yang dirancang dilakukan.
4. Proses refleksi iaitu dengan berkongsi mengenai dapatan kajian dan merefleksi keseluruhan proses.

PENGUMPULAN DATA
Terdapat dua jenis data iaitu data kualitatif dan data kuantitatif.
1. Data kualitatif berbentuk naratif, terutamanya dalam bentuk perkataan yang dikumpul melalui pemerhatian, temubual atau jurnal atau dengan mendapatkan dokumen-dokumen dan rekod-rekod yang sah. Pemerhatian mestilah dilakukan dengan secara sistematik dan teliti serta merakam apa yang dilihat dan didengar pada latar yang diberikan. Pemerhatian di dalam bilik darjah boleh dilakukan secara berstruktur, separa berstruktur dan tidak berstruktur. Pemerhatian ini dicatatkan di dalam bentuk nota tulisan yang mempunyai ulasan-ulasan daripada pemerhati. Temu bual merupakan perbualan formal antara individu yang mungkin distruktur, separa berstruktur atau terbuka. Temu bual ini juga boleh dikendalikan melalui email. Kepentingan utama bagi seorang guru yang melakukan kajian adalah mewujudkan kebolehpercayaan data mereka iaitu termasuk ketepatan, kredibiliti dan kebergantungan satu data kualitatif.
2. Data kuantitatif merupakan data yang bernombor dan termasuk data yang boleh dikira, dijumlah atau dinilai. Soal selidik adalah satu tinjauan melibatkan soalan-soalan atau kenyataan-kenyataan yang ditadbir dalam bentuk bertulis. Item-item pada soalan-soalan mungkin terdiri daripada soalan jenis terbuka dan soalan berbentuk penilaian berskala.Tinjauan pendapat dan penilaian berskala adalah berkesan untuk mengumpul data daripada beberapa individu dengan serentak tetapi kadangkala memakan masa untuk menganalisis. Senarai semak adalah penilaian berskala yang ringkas di mana hanya pemilihan jawapan yang disediakan. Kesahihan data kuantitatif adalah di mana takat data tersebut boleh dipercayai.

MENGANALISIS DATA
Menganalisis data kualitatif adalah satu proses induktif yang melibatkan pengurangan maklumat yang telah dikumpul dengan menyusun ia kepada pola-pola penting. Pengurangan data kualitatif dicapai melalui skema pengekodan, iaitu digunakan untuk menggabungkan data yang mempunyai maklumat yang sama. Merefleksi sepanjang proses analisis induktif adalah suatu yang penting untuk mengekalkan objektif dan berfikiran terbuka semasa mendapat pemahaman lebih baik mengenai data-data yang diperolehi.Analisis data kuantitatif adalah satu proses deduktif, menggunakan deskriptif atau berdasarkan inferens statistik. Statistik deskriptif adalah prosedur-prosedur matematik yang ringkas yang digunakan untuk memudahkan, meringkaskan dan menyusun jumlah data berangka yang besar.Inferens statistik digunakan untuk menentukan bagaimana hasil statistik adalah untuk populasi keseluruhan, berdasarkan pengumpulan data daripada sampel yang lebih kecil daripada populasi tersebut.

Tugasan 2 : Ulasan Jurnal

LAKUKAN PERBANDINGAN (PERSAMAAN DAN PERBEZAAN), PENGANALISISAN, PENILAIAN, PERUMUSAN, PENSINTESISAN DRAI SEGI SAMPEL, SETTING KAJIAN, PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN, PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA YANG DILAKUKAN OLEH PENULIS JURNAL.



JURNAL


JURNAL 1
Tajuk : Using Action Research to Improve Teaching and Student Learning in College.
Pengarang : C. Dianne Raubenheimer dan Jennifer L.Myka
Tahun : 2005

JURNAL 2
Tajuk : Research into Practise : Application of Participatory Action Research to Family School
Intervation.
Pengarang : Bonnis S.Ho
Tahun : 2002

JURNAL 3
Tajuk : The Action Research Endeavors of Six Classroom Teachers and Their Perceptions of
Action Research.
Pengarang : Deborah Sardo -Brown



PERBANDINGAN ( PERSAMAAN DAN PERBEZAAN )


Persamaan

Ketiga-tiga jurnal ini menggunakan teknik pengumpulan data melalui pemerhatian. Pemerhatian ini bukanlah melibatkan penglihatan sahaja tetapi ia perlu dilaksanakan secara sistematik. Melalui pemerhatian, kita boleh merakam tindakan kita dan apa yang penting sekali ialah menganalisis dan menafsirkan apa yang kita lihat

Perbezaan

Kajian daripada ketiga-tiga jurnal dapat dinyatakan bahawa jurnal 1 dan jurnal 3 merupakan kajian tindakan yang dilakukan secara individu manakala jurnal yang kedua pula merupakan kajian tindakan yang dilakukan secara kolaboratif.


Setting kajian tindakan yang dilakukan oleh penyelidik berdasarkan kepada jurnal-jurnal yang di atas dilakukan dalam situasi sebenar seperti di dalam bilik darjah atau sekolah. Bagi jurnal yang pertama ia dilakukan di makmal zoology yang bertempat di kolej.



SAMPEL

JURNAL 1 : Pelajar-Pelajar.
JURNAL 2 : Pelajar
JURNAL 3 : Guru kelas ( 4 orang perempuan dan 2 orang lelaki).

Huraian

Sampel kajian yang digunakan dalam ketiga-tiga jurnal ini adalah terdiri daripada guru dan pelajar.



SETTING KAJIAN

JURNAL 1 : Makmal Zoologi (kolej)
JURNAL 2 : Sekolah
JURNAL 3 : Sekolah ( 2 di sekolah rendah, 2 di sekolah menengah dan 2 di
sekolah tinggi)
bilik darjah

Huraian

Setting kajian yang dinyatakan dalam jurnal pertama dilaksanakan di sebuah kolej yang mengunakan makmal sains untuk proses pembelajaran. Manakala jurnal kedua dan ketiga lebih difokuskan kepada tempat yang lebih khusus seperti sekolah dan bilik darjah. Dalam ketiga-tiga setting kajian ini, artikel ketiga merupakan setting kajian yang memuaskan kerana dalam jurnal ini ada dinyatakan jumlah sekolah yang terlibat dalam melakukan kajian tersebut.



PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN


JURNAL 1
Analisis masalah iaitu Mengenal pasti masalah yang hendak dikaji
Merancang campur tangan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah
Perlaksanaan Tindakan
Pemerhatian
Menilai dan Merefleksi.


JURNAL 2
Membentuk kerjasama dengan persatuan sekolah iaitu mengenalpasti ahli-ahli di sekolah dalam semua peringkat
Mengenalpasti masalah yang hendak dikaji
Mengumpul data dan menganalisis
Membentuk data sintesis dan menjana idea serta cadangan
Mencipta data melalui tindakan
Penilaian


JURNAL 3
Merancang bagaimana mengawal perubahan di dalam bilik darjah
Membina insentif
Melaksanakan satu kajian perintis
Analisis data

Huraian
Prosedur kajian bagi jurnal pertama diterangkan secara jelas tentang langkah-langkah perlaksanaan kajian tindakan iaitu penyelidik melakukan 3 kitaran secara berterusan supaya kajian tindakan yang dilaksanakan untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran pelajar di kolej tercapai. Kajian ini lebih berfokus untuk mempertingkatkan penggunaan makmal di kalangan pelajar kolej tersebut. Kitaran pertama yang digunakan dalam jurnal ini melibatkan lima langkah pada permulaannya iaitu Mengenal pasti masalah, Merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi tetapi masuk pada kitaran yang kedua dan ketiga, hanya melibatkan 4 langkah sahaja iaitu merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi. Kitaran ini berlaku secara berterusan.

Manakala jika dilihat kepada jurnal yang kedua ia merupakan prosedur kajian tindakan yang dilakukan untuk mengetahui proses penyertaan kajian tindakan bagi kerjasama keluarga dan ibubapa. Jurnal yang ketiga merupakan prosedur kajian yang simple dilaksanakan untuk menguji peningkatan pelajar dalam kemahiran bacaan lisan.



PENGUMPULAN DATA

JURNAL 1 : Catatan Lapangan, Pemerhatian.
JURNAL 2 : Pemerhatian, penyoalan terbuka, skala likert
JURNAL 3 : Soal selidik, soal selidik terbuka, Ujian Skala Likert, Pemerhatian.

Huraian

Persamaan ketiga-tiga jurnal ini ialah menggunakan kaedah pemerhatian dalam teknik pengumpulan data. Semua kaedah pengumpulan data yang dinyatakan ini tidak disertakan penerangan yang terperinci dan hanya menyebut sahaja bagaimana data ini dikumpul.



PENGANALISISAN DATA

JURNAL 1 :Menganalis data melalui pemerhatian.
JURNAL 2 : Menunjukkan perbezaan penting melalui cara tafsiran dalam bentuk jadual supaya dapat difahami.
JURNAL 3 :Kualitatif dan Kuantitatif untuk menjawab soalan kajian tindakan.

Huraian

Pemerhatian dibuat tiga kali secara berterusan yang melibatkan tiga kitaran. Berdasarkan kajian dalam jurnal ini, analisis data yang digunakan ialah kaedah Taxonomy Bloom’s dalam menggunakan makmal di kalangan pelajar iaitu pengukuran dari segi pengetahuan, kefahaman, penggunaan, analisis, sintesis dan penilaian. Bahagian artikel kedua pula, analisis data dibuat berdasarkan kepada pembentukan jadual bagi memudahkan data itu dapat difahami iaitu kiraan dalam bentuk peratus 33% komunikasi, 30% cara menolong anak mereka dalam pencapaian akademik, ulangkaji dan sebagainya, 20% menyatakan kepuasan hati terhadap sekolah guru dan 17% pertimbangan yang istimewa atau kemudahan dan program yang boleh membantu ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak mereka. Manakala jurnal ketiga lebih kepada penganalisisan data mengggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif.



RUMUSAN KAJIAN

JURNAL 1
Jurnal ini lebih membincangkan kepada memperbaiki strategi pengajaran untuk mempertingkatkan pembelajaran pelajar dan penggunaan makmal di kalangan pelajar kolej. Kajian ini menggunakan proses kitaran kajian tindakan yang mudah difahami dikenali sebagai “Gelungan Skema Kajian Tindakan Berterusan”. Proses ini merupakan proses yang lengkap melibatkan tiga kitaran yang berterusan sehingga objektif yang dikehendaki dalam kajian tersebut tercapai. Selain itu, untuk menambahbaikan proses pengajaran, perlulah kepada fikiran baru dalam pembelajaran pelajar dan penggunaan strategi pengajaran yang baru.


JURNAL 2
Kajian ini melibatkan kerjasama antara keluarga dan sekolah untuk merapatkan hubungan yang teguh antara penglibatan ibu bapa dan memperbaiki hasil pendidikan untuk pelajar supaya menjadi lebih teratur dan berkesan. Penyertaan kajian tindakan ialah proses di mana penyelidik beroperasi sebagai rakan kerjasama sepenuh masa dengan ahli-ahli persatuan untuk memautkan teori dan kajian supaya latihan dapat diterima dan berkesan. Sekolah diberi tanggungjawab menggunakan pendekatan ini untuk memberi perhatian bagi membangun pergabungan peringkat sistem bagi kebanyakan masalah tertentu seperti pengkongsian keluarga-sekolah dengan tidak beruntung dari segi ekonomi dan mempunyai keluarga-keluarga yang pelbagai dari segi budaya dan linguistik. Jurnal ini mempunyai proses kajian yang tersendiri untuk mengkaji dan mengenalpasti masalah pelajar ke arah membentuk kepimpinan pelajar.


JURNAL 3
Jurnal ini menceritakan tentang usaha-usaha enam orang guru kelas dan persepsi mereka dalam melakukan kajian tindakan. Mereka ingin mengkaji berkenaan dengan penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam bilik darjah. Faedah yang boleh didapati setelah melakukan kajian tindakan ini ialah untuk mencari kaedah pengajaran yang baru yang boleh dicadangkan dalam kajian tinjauan dan untuk meningkatkan professional. Selain itu, ia adalah untuk memperbaiki komunikasi dengan pelajar-pelajar dan untuk mendapatkan perspektif peribadi tentang kesan-kesan kaedah pengajaran dipelajari di universiti. Ini merupakan faedah yang besar untuk menjadi seorang guru di dalam sebuah sekolah daripada tahap sekolah rendah dan menengah untuk berkongsi dapatan kajian tindakan mereka dengan yang lain.



HASIL KESELURUHAN

Setelah saya membaca ketiga-tiga jurnal, di sini dapatlah saya rumuskan bahawa kesemua jurnal ini lebih kepada kajian tindakan dalam pendidikan. Sampel yang digunakan dalam kajian ini lebih kepada pelajar dan guru sebagai responden malah setting kajian juga lebih berfokus kepada sekolah sebagai tempat kajian yang sesuai dijalankan apabila melaksanakan kajian tindakan. Apabila dikaji ketiga-tiga jurnal ini, saya dapati jurnal yang pertama merupakan jurnal yang terbaik kerana dalam jurnal ini ia banyak menggunakan proses kitaran kajian tindakan berterusan yang melibatkan tiga kitaran untuk mengkaji keberkesanan penggunaaan makmal di kalangan pelajar. Dari segi pengumpulan data pula, dapat dinyatakan bahawa ketiga-tiga artikel ini menggunakan kaedah pemerhatian untuk melakukan kajian tindakan. Jika dilihat dari sudut penganalisisan data pula, ia tidak menunjukkan teknik penganalisisan data secara jelas dan terperinci.

Aktiviti 9 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

Tajuk Kajian : "Penggunaan Powerpoint dan Tayangan Video kepada Pelajar Masalah Pembelajaran bagi Memudahkan Pelajar Mengenalpasti Alatan Pertukangan"

a) Matlamat kajian tindakan

Memberi pengetahuan asas kepada pelajar pendidikan khas dalam bidang pertukangan (Kemahiran Hidup).

b) Bentuk objektif kajian
  1. Pelajar boleh menamakan alatan pertukangan dengan mudah dan betul.
  2. Pelajar boleh menyebut semula alat pertukangan apabila ditunjukkan.
  3. Pelajar boleh menunjukkan semula cara penggunaan alatan dengan betul.

c) Persoalan Kajian

  1. Adakah perlaksanaan penggunaan powerpoint dan tayangan video dapat membantu pelajar mengenalpasti alatan pertukangan?
  2. Adakah penggunaan powerpoint dan tayangan video dapat menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap P&P?
  3. Adakah penggunaan powerpoint dan tayangan video dapat meningkatkan pemahaman pelajar?

Aktiviti 8 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

Tajuk Kajian : "Penggunaan Powerpoint dan Tayangan Video kepada Pelajar Masalah Pembelajaran bagi Memudahkan Pelajar Mengenalpasti Alatan Pertukangan"

Cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan:

a) Cadangan secara individu (5 minit)
  • Muhamad - Meningkatkan teknik dalam kaedah penggunaan powerpoint dan video sehingga ke suatu tahap yang berkualiti dan profesional.
  • Zulfaizal - Memastikan penggunaan teknik ini bukan hanya digunakan di sekolah bandar malah mestilah ditekankan di sekolah luar bandar (pedalaman).
  • Shuhada - Penerangan oleh guru mestilah seiring dengan powerpoint dan tayangan video.

b) Cadangan dalam pasukan (15 minit )

  • Mempelbagaikan lagi powerpoint dan video yang digunakan, di mana guru sentiasa membuat pembaharuan dalam P&P.
  • Menerapkan nilai-nilai murni dalam teknologi tersebut di samping menyelitkan unsur-unsur pengajaran dan humor.
  • Kaedah penggunaan powerpoint mestilah mengikut teknik CASPER.
  • Penggunaan video mestilah ringkas dan mencapai objektif.

c) Cadangan dari luar pasukan ( perlu temubual rakan-rakan dalam pasukan lain)

  • Penggunaan bahan maujud lebih diutamakan untuk memudahkan pelajar mengenalpasti perlatan yang dipelajari. Ini kerana pelajar akan lebih memahami apabila melihat sendiri peralatan tersebut berbanding gambar yang bersifat statik.

d) Berdasar literatur review

  • Powerpoint dan video mestilah dirancang secara berstruktur dan mengikut peraturan persembahan. Kunci kejayaan bagi sesuatu pengajaran berdasarkan struktur yang jelas dan secara umumnya tidak melebihi 5 isi pengajaran (Jones, A. M. 2003. The use and abuse of PowerPoint in Teaching and Learning in the Life Sciences: A Personal Overview).
  • Tahu matlamat P&P mengikut tahap yang diajar serta kandungan yang hendak dimuatkan mestilah bersesuaian mengikut tahap tersebut (Jones, A. M. 2003. The use and abuse of PowerPoint in Teaching and Learning in the Life Sciences: A Personal Overview).

Aktiviti 7 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

Tajuk Kajian : "Penggunaan Powerpoint dan Tayangan Video kepada Pelajar Masalah Pembelajaran bagi Memudahkan Pelajar Mengenalpasti Alatan Pertukangan"

KELEMAHAN pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan:

a) Pengalaman / refleksi secara individu (5 minit)
  • Muhamad - Pelajar mudah hilang fokus (yang tidak berminat).
  • Zulfaizal - Guru sendiri tidak mempelbagaikan teknik persembahan powerpoint dan tayangan video.
  • Shuhada - Pengajaran seperti ini memerlukan alatan yang khusus untuk menjalankannya dan kebanyakan sekolah tidak mempunyai kemudahan yang lengkap.

b) Pengalaman / refleksi dalam pasukan (15 minit )

  • Tidak semua pelajar dapat menumpukan perhatian 100% pada P&P yang menggunakan teknologi ini.
  • Guru akan mencari jalan mudah untuk mendapatkan hasilan teknologi ini.
  • Pelajar akan cepat bosan jika teknologi ini sering kali digunakan dalam P&P.

c) Berdasar literature review penggunaan Powerpoint dan tayangan video mempunyai beberapa kelemahan (Jones, A. M. 2003. The use and abuse of Powerpoint in Teaching and Learning in the Life Sciences : A Personal Overview) seperti :

  • Kegagalan peralatan : Kegagalan komponen dalam sistem untuk berfungsi seperti yang dijangkakan. Kegagalan mentol dalam projektor berfungsi amat jarang berlaku tetapi mungkin akan terjadi.
  • Fail tidak dapat dipersembahkan disebabkan oleh kerosakkan magnetik atau fizikal.
  • Kurangnya latihan yang bersesuaian dalam program dan teknologi.

Aktiviti 6 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

Tajuk Kajian : "Penggunaan Powerpoint dan Tayangan Video kepada Pelajar Masalah Pembelajaran bagi Memudahkan Pelajar Mengenalpasti Alatan Pertukangan"

Kekuatan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan:

a) Pengalaman / refleksi secara individu (5 minit)

  • Muhamad - Dapat menarik minat pelajar untuk menghayati atau mengambil isi-isi penting.
  • Zulfaizal - Guru dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara-cara menggunakan ICT di sekolah.
  • Shuhada - Dapat memberi gambaran dan pengetahuan kepada pelajar tentang penggunaan dan pengenalpastian peralatan pertukangan.

b) Pengalaman / refleksi dalam pasukan (15 minit )

  • Mudah untuk disediakan oleh para guru.
  • Pelajar akan teruja dengan teknologi yang digunakan.
  • Pelajar tidak mudah bosan kerana sistem pendidikan yang alternatif ini.

c) Pengalaman dari luar pasukan ( perlu temubual rakan-rakan dalam pasukan lain)

  • Guru tidak perlu membuat ulangan demonstrasi aktiviti yang akan dijalankan.
  • Dapat menarik minat pelajar.
  • Melalui tayangan video sesuatu pengajaran boleh diulang tayangannya.

d) Berdasar literatur review – buku dan jurnal (bincang dalam pasukan)

  • Penggunaan powerpoint di dalam pengajaran mempunyai potensi untuk menggalakkan pengajaran yang lebih profesional (Jones, A. M. 2003. The use and abuse of PowerPoint in Teaching and Learning in the Life Sciences: A Personal Overview).
  • Penggunaan powerpoint yang bersesuaian boleh meningkatkan P&P kepada guru dan pelajar (Jones, A. M. 2003. The use and abuse of PowerPoint in Teaching and Learning in the Life Sciences: A Personal Overview).
  • Penggunaan tayangan video memberikan peluang untuk pembelajaran yang aktif, di mana ia merupakan kunci kepada kejayaan sesuatu kerja serta pelajar menjadi lebih kreatif, kolaboratif dan dapat menghubungkaitkan konsep subjek yang dipelajari dengan pengetahuan lepas, pengalaman dan minat (Glegg, P., McDonald, A. & Unwin, A., 2007. Using digital video in business education).

Friday, November 13, 2009

Aktiviti 5: Tugasan 1 (Buku) & Tugasan 4 (Mini Kajian Tindakan)

1. Mengapa guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan:

*untuk menambahkan pengetahuan dan mengembangkan pengetahuan yang sedia ada berdasarkan penyelidikan.
*untuk mengenalpasti masalah atau isu yang timbul di samping dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud dalam sesuatu masalah.
*untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman profesionalisme sebagai seorang pendidik.
*untuk meningkatkan hasil produk yang bermutu dan melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang di sekolah.
*untuk membuat sesuatu yang kreatif & kritis dalam proses P&P di dalam kelas.
*untuk memperbaiki teknik pengajaran yang boleh menarik minat pelajar-pelajar.

2. Tajuk "Penggunaan Powerpoint dan Tayangan Video kepada Pelajar Masalah Pembelajaran bagi Memudahkan Pelajar Mengenalpasti Alatan Pertukangan" dipilih kerana:

*untuk mempertingkatkan kefahaman pelajar dalam mengenali alatan pertukangan.
*untuk memberi kefahaman yang meluas tentang penggunaan alatan.
*untuk mendedahkan aspek-aspek keselamatan semasa melakukan tugasan dalam bengkel.
*untuk menerangkan ciri-ciri kebersihan diri, alatan dan bengkel.
*sebagai panduan (teori) sebelum melakukan tugasan secara praktikal di dalam bengkel.

Aktiviti 4: Tugasan 4 - Mini Kajian Tindakan

Cadangan mini kajian tindakan kumpulan kami ialah :
"Penggunaan Powerpoint dan Tayangan Video kepada Pelajar Masalah Pembelajaran bagi Memudahkan Pelajar Mengenalpasti Alatan Pertukangan"

Aktiviti 3: Tugasan 3 - Kolokium

Kajian 1:Meningkatkan Penguasaan Dan Minat Pelajar Dalam JawiMelalui Kaedah ‘Congak Jawi'.
Pengkaji :Khuzaimah bt Mohd Daud (P48682) dan Siti Khairiyah bt Sejo (P48715)

Permasalahan kajian :
Dalam kajian ini, masalah yang dihadapi oleh pelajar ialah, mereka gagal untuk menjawikan perkataan rumi yang diberikan dalam ujian bulanan. Selain itu, merekajuga tidak boleh membaca buku teks Pendidikan Islam dengan baik apabila diminta oleh guru. Masalah yang paling ketara ialah mereka tidak menunjukkan minat terhadap perkataan jawi.

Hasil dapatan :
Daripada kajian ini, pengkaji mendapati teknik ini telah membantu dan menarik minat terhadap tulisan jawi. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan penguasaan pelajar dalam penulisan dan pembacaan perkataan jawi.Oleh itu, kajian yang dijalankan bersesuaian dengan kajian tindakan di mana penggunaan Model Kurt Lewis yang melibatkan proses perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.

Kajian 2 :Meningkatkan Kemahiran Mengingat Pelajar Dalam Bab Ibadah Subjek Pendidikan Islam Melalui Teknik Pantun.
Pengkaji :Nazirah binti Alias dan Nurul Hidayah binti Md Yatin

Permasalahan kajian :
Dalam kajian ini, masalah yang dihadapi oleh pelajar ialah mereka sukar untuk mengingat fakta penting yang telah diajar di dalam sesuatu bahagian. Oleh yang demikian, pengkaji telah melakukan suatu pendekatan baru iaitu teknik pantun bagi meningkatkan kemahiran pelajar.

Hasil Dapatan :
Daripada kajian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati, teknik ini dapat menarik minat pelajar terhadap subjek Pendidikan Islam. Di samping itu juga, ia dapat membantu pelajar untuk mengingat fakta-fakta penting yang telah diajar oleh guru.Di dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan Kaedah Gelung Kajian yang mana melibatkan proses refleksi, perancangan, tindakan, dan pemerhatian. Di samping itu, teknik penggunaan pantun merupakan satu pembaharuan di dalam kaedah mengajar Pendidikan Islam kerana selama ini mata pelajaran tersebut diajar dalam keadaan formal dan membosankan. Tetapi terdapat sedikit kelemahan dalam kajian ini di mana pengkaji hanya mengambil pelajar yang mendapat markah tinggi dalam ujian yang diberikan untuk menjawab soal selidik yang dikemukakan oleh pengkaji.

Aktiviti 2: Tugasan 2 - Jurnal

Jurnal 1 :

Tajuk : Graduate Teacher Education and Change : Insightsnfrom a First-Grade Teacher's
ExperiencePenulis : Cathleen Doheny (2002)

•Kajian tindakan ini dilakukan untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh guru pendidikan siswazah dalam latihan mengajar berdasarkan faktor-faktor seperti memahami perubahan yang berjaya dalam latihan mengajar untuk guru siswazah pertama yang memulakan bengkel pendekatan penulisan dalam kelasnya mengikut program siswazah yang bertajuk Writing Across the Curriculum.
•Kaedah yang digunakan ialah pemerhatian terhadap bengkel penulisan yang dibuat oleh Lara Parker (guru yang dikaji) ke atas 26 orang pelajar serta temubual
•Pengkaji menggunakan lima kriteria dalam bengkel penulisan tersebut iaitu hak milik, sokongan, ketabahan, intergrasi dan tindak balas pengajaran.
•Daripada kajian yang dijalankan kriteria yang diutarakan oleh Lara berjaya dalam mengubah pengajaran.

Jurnal 2:

Tajuk : Action Research in the Secondary Science Classroom : Student Response to Differentiated, Alternative Assessment.
Penulis : Waters, F. H., Smeaton, P. S. & Burns, T. G. (2004)

•Kajian tindakan ini dilakukan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap pembezaan, model penaksiran alternatif di dalam kelas sains menegah atas.
•Pembezaan, penaksiran alternatif didefinisikan melalui kajian ini sebagai penaksiran alternatif hibrid dan pembezaan arahan. Ianya menggabungkan penaksiran bukan tradisional seperti projek, pembentangan dan persembahan dengan unsur-unsur pilihan, pelbagai dan pembezaan arahan inidividu.
•Kaedah yang digunakan ialah kaedah kaji selidik yang mengandungi 24 soalan berdasarkan lima skala iaitu daripada sangat bersetuju kepada sangat tidak setuju.
•Hasil kajian menunjukkan majoriti daripada pelajar lebih mengutamakan model penaksiran alternatif, pembezaan berbanding penaksiran tradisional. Pemilihan unsur-unsur, meningkatkan pembelajaran dan pengalaman lanjutan merupakan faktor-faktor yang bermakna dalam keutamaan pelajar.

Jurnal 3 :

Tajuk : Science Teacher's Attemps at Integrating Feminist Pedagogy through Collaborative Action Research.
Penulis : Capobianco, B.M. (2007)

•Kajian tindakan ini dilakukan bagi menentukan pengalaman percubaan 3 orang guru sains untuk mengubah latihan mereka melalui menjalankan kajian tindakan ke atas pengajaran sains yang feminis.
•Data yang diperolehi menerusi temubual, perbincangan antara kumpulan, pemerhatian bilik darjah dan melihat dokumen sokongan. Analisis data bersifat inkuiri naratif.

Aktiviti 1: Tugasan 1 buku

Kajian Tindakan (Hasil daripada perbincangan kumpulan):Satu siri kitaran kajian yang berterusan, di mana ianya dilakukan untuk mendapatkan maklumat tentang bagaimana penambahbaikan atau meningkatkan sesuatu permasalahan atau isu yang timbul pada situasi tertentu di dalam semua bidang (Muhamad, Shuhada & Zulfaizal, 2009

Saturday, November 7, 2009

TUGASAN KELAS: NOTA - Konsep kajian tindakan

  • Semua kajian/penyelidikan bertujuan untuk mencipta pengetahuan baru dan menghasilkan teori baru.
  • Kajian tindakan bertujuan mencipta pengetahuan baru untuk memperbaiki prestasi kerja individu serta menghasilkan teori baru mengenai proses penambahbaikan tersebut. Kesahihan teori ini akan diuji berdasarkan kenyataan individu tersebut (melalui keterangan dan gambaran) bahawa satu proses penambahbaikan telah berlaku. Oleh yang demikian, kajian tindakan memerlukan komitmen peribadi dan akauntabiliti moral individu yang menjalankan kajian tersebut.
  • Oleh kerana kajian tindakan merupakan penyelidikan tentang prestasi seseorang individu, ia tidak boleh digeneralisasikan dan juga direplikasi. Tetapi, ia masih boleh dijadikan sebagai rujukan oleh pihak lain.
  • Dalam bidang pendidikan, kajian tindakan adalah usaha yang boleh dilakukan oleh guru untuk memperbaiki amalan P&P untuk mendapatkan hasil terbaik yang memberi faedah kepada dirinya, pelajar, sekolah dan masyarakat.
  • Kajian tindakan merupakan proses yang berterusan sehingga matlamat yang dikehendaki tercapai.
  • Data kajian tindakan adalah bersifat kualitatif. Walau bagaimanapun, data kuantitatif juga boleh digunakan.

    Rujukan:
  • McNiff, J. 2009. Action research and reflective practice.
  • iBestari. 2009. Pendekatan kajian tindakan.
  • http://pembestariansekolah.info/?p=11 [25 April 2009]

    Contoh:
    Guru mendapati pelajar sukar memahami topik yang diajar kerana lupa topik lepas. Oleh itu guru menyuruh pelajar membuat peta minda bagi topik yang diajar dan dihantar selepas pengajaran topik akan datang. Selepas guru menyemak peta minda tersebut, guru akan memulangkan kepada pelajar untuk penambahbaikan. Dengan itu pelajar akan mempunyai peta minda bagi setiap topik dan akan digabungkan selepas tamat setiap bab.

Friday, November 6, 2009

TUGASAN KELAS: NOTA - Model Kajian Tindakan


MODEL 1: STRINGER'S ACTION RESEARCH INTERACTING SPIRAL (2007)
- mudah dan rekabentuk yang menarik.
- rutin yang tetap dengan lihat(pemerhatian), fikir(refleks) dan bertindak(langkah-langkah).



MODEL 2: LEWIN'S ACTION RESEARCH SPIRAL (2007).

- hasilkan fakta, perancangan, bertindak, penilaian dan mengubah perancangan.


MODEL 3: CALHOUN'S ACTION RESEARCH CYCLE (1994).
- kitaran yang mengikut susunan nombor dan bergerak kehadapan dan kebelakang.




MODEL 4: BACHMAN'S ACTION RESEARCH SPIRAL (2001).
- perolehi maklumat, bertindak merancang, pemerhatian dan menilai tindakan.
-kemudian refleks dan merancang untuk ke kitaran yang baru.


MODEL 5: RIEL'S'S ACTION RESEARCH MODEL (2007).
- 4 langkah: perancangan, ambil tindakan, mengumpul bukti dan refleks.



MODEL 6: PIGGOT-IRVINE'S ACTION RESEARCH MODEL (2006).
- langkah-langkah yang sama: perancangan, bertindak dan refleks.











Sunday, November 1, 2009

TUGASAN 3: Laporan Pembentangan Kolokium

LAPORAN PENCATAT SESI PEMBENTANGAN KOLOKIUM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH AMBILAN JANUARI 2009 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TAJUK PEMBENTANGAN PERTAMA: MENINGKATKAN PRESTASI SOLAT MELALUI PROGRAM TAHSIN SOLAT

NAMA PEMBENTANG :
1. MOHD AZIZI BIN SULAIMAN (P48607)
2. MOHD FA’IZI BIN BASAR (P48639)
3. NIK HIDAYATUL NURSAADAH BINTI HUSIN (P48637)

TARIKH / HARI : 26 OKTOBER 2009 / ISNIN

MASA : 11.00 – 12.00 TGH

BILIK / TEMPAT : BILIK PERDANA A


PERNYATAAN MASALAH:
1. Masalah yang dihadapi pelajar dalam menunaikan ibadah solat.

METODOLOGI KAJIAN, SETTING KAJIAN DAN SAMPEL KAJIAN:
1. Soal selidik dilakukan keatas 50 orang pelajar tingkatan 1 di SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang Selangor.
2. Model yang digunakan dalam kajan ialah Model Kemmis dan McTaggart (1983) yang melibatkan dua kitaran dan setiap kitaran mempunyai empat peringkat iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.
3. Dalam fasa perancangan pengkaji telah membuat tinjauan bagi menentukan sampel, setting, prosedur, pengumpulan dan penganalisian data untuk kajian.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISIAN DATA:
1. Melalui pemerhatian terhadap prestasi solat para pelajar yang merangkumi empat aspek utama iaitu kesempurnaan solat, pemakaian, adab dengan guru dan adab dengan rakan.
2. Melalui temubual dimana guru menemubual kesemua pelajar di awal dan akhir kajian bagi menentukan bilangan subjek kajian yang akan menyertai program tahsin solat dan untuk mendapatkan data akhir bagi menentukan prestasi solat pelajar.
3. Refleksi dibuat selepas aktiviti dilakukan.

IMPLIKASI KAJIAN:
1. Hasil kajian yang dilakukan mendapati program tahsin solat ini berjaya mencapai matlamat kajian dalam memperbaiki dan memantapkan solat para pelajar dan dapat menyemaikan semangat ingin tahu dikalangan para pelajar.

APA YANG DAPAT DIPELAJARI DARI KAJIAN YANG DILAKUKAN:
1. Pada pendapat saya, kajian tindakan amat penting dan perlu dilakukan oleh setiap guru bagi mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar.
2.Selain itu juga dapat mengenalpasti kaedah-kaedah yang terbaik bagi membantu pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

TAJUK PEMBENTANGAN KEDUA:
KEBERKESANAN PENGGUNAAN PERMAINAN TEKA SILANGKATA SEBAGAI AKTIVITI PENGUKUHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

NAMA PEMBENTANG:
1. RADIAH BINTI ZAKARIA (P48602)
2. SAMINI BINTI BIANUS (P48690)
3. ZATUL HIMMAH BINTI SAMSUDIN (P48591)
TARIKH / HARI : 26 OKTOBER 2009 / ISNIN
MASA : 2.00 – 4.00 PETANG
BILIK / TEMPAT : BILIK PERDANA A
PERNYATAAN MASALAH:
1. Pelajar tidak dapat memberikan perhatian semasa proses P&P.
2. pelajar kurang memahami tentang sesuatu subjek yang diajar.
3. Pelajar mudah hilang fokus semasa guru mengajar.
4. Pelajar kurang berminat untuk mempelajari sesuatu matapelajaran.
METODOLOGI KAJIAN, SETTING KAJIAN DAN SAMPEL KAJIAN:
1. Sampel kajian telah dilakukan keatas 98 org pelajar di SMK Bukit Katil, Melaka.
2. 5 kaedah yang digunakan untuk memperolehi hasil kajian tindakan ini iaitu dengan menggunakan kaedah perlaksanaan, pengumpulan data, analisis data, refleksi dan perancangan.
PENGUMPULAN DAN PENGANALISIAN DATA:
1. Melalui pemerhatian guru terhadap pelajar dimana pelajar berminat dengan kaedah permainan ini, secara tidak langsung pelajar berlumba-lumba untuk mengisi jawapan dengan betul dan yakin dengan jawapan yang diberikan.
2. Melalui komen penyelia dimana mengatakan permainan ini sangat sesuai diterapkan dalam P&P dan pelajar seronok untuk mempelajari sesuatu subjek dan mewujudkan pembelajaran berpusatkan pelajar.
3. Melalui temubual yang dilakukan keatas 30 pelajar yang memberikan respon yang positif kerana merasa kelainan dalam proses P&P dan pelajar lebih yakin untuk menjawab sesuatu persoalan yang dikemukan oleh guru.
IMPLIKASI KAJIAN:
1. Kajian yang dilakukan dengan menggunakan kaedah permainan silangkata sebagai aktiviti pengukuhan berbanding soal jawab yang konvensional amat berkesan kepada diri pelajar itu sendiri dan berkesan kepada proses P&P.
2. Pelajar merasa seronok semasa P&P dan lebih yakin untuk menjawab soalan sekaligus meningkatkan penglibatan pelajar dalam bilik darjah.
APA YANG DAPAT DIPELAJARI DARI KAJIAN YANG DILAKUKAN:
1. Guru perlu kreatif dan kritis dalam menghasilkan kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menarik minat dan penglibatan pelajar secara menyeluruh dalam bilik darjah.
2. Guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran kerana kaedah pengajaran secara kuliah pada masa kini kurang sesuai digunakan dalam kelas kerana ia menyebabkan pelajar cepat bosan, hilang fokus, kurang penglibatan dan tidak berminat untuk belajar.
3. Guru perlu mempelajari sesuatu yang baru dari pakar-pakar motivasi atau guru-guru pakar supaya pendekatan yang digunakan dalam P&P mestilah relevan dengan alam pelajar masa kini (globalisasi).

Sunday, October 25, 2009

TUGASAN KELAS: 10 sebab mengapa guru perlu buat kajian?

10 sebab mengapa guru perlu buat kajian?:
  1. Guru dapat membaiki kelemahan diri yang sedia ada.
  2. Penambahbaikan kepada kaedah-kaedah dan teknik-teknik serta kemahiran mengajar.
  3. Untuk melahirkan guru yang berkualiti dan kreatif.
  4. Mengenalpasti punca-punca, faktor-faktor, sebab-sebab masalah pelajar (guru, pelajar sendiri, ibu bapa, masyarakat dan sebagainya).
  5. Menggabungkan pendekatan-pendekatan yang sedia ada dan yang baru.
  6. Dapat menambahkan ilmu pengetahuan serta strategi terbaru untuk menarik minat pelajar untuk belajar.
  7. Supaya dapat melahirkan guru yang berdaya saing selari dengan era globalisasi.
  8. Dapat mengenalpasti segala kelemahan dalam pelbagai aspek (P&P, persekitaran, pentadbiran dan sebagainya).
  9. Dapat mengetahui pemikiran dan sikap pelajar (rajin atau malas).
  10. Memudahkan proses P&P dan ramalan-ramalan soalan peperiksaan dapat dibuat (setaraf soalan sebenar).