Friday, November 13, 2009

Aktiviti 5: Tugasan 1 (Buku) & Tugasan 4 (Mini Kajian Tindakan)

1. Mengapa guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan:

*untuk menambahkan pengetahuan dan mengembangkan pengetahuan yang sedia ada berdasarkan penyelidikan.
*untuk mengenalpasti masalah atau isu yang timbul di samping dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud dalam sesuatu masalah.
*untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman profesionalisme sebagai seorang pendidik.
*untuk meningkatkan hasil produk yang bermutu dan melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang di sekolah.
*untuk membuat sesuatu yang kreatif & kritis dalam proses P&P di dalam kelas.
*untuk memperbaiki teknik pengajaran yang boleh menarik minat pelajar-pelajar.

2. Tajuk "Penggunaan Powerpoint dan Tayangan Video kepada Pelajar Masalah Pembelajaran bagi Memudahkan Pelajar Mengenalpasti Alatan Pertukangan" dipilih kerana:

*untuk mempertingkatkan kefahaman pelajar dalam mengenali alatan pertukangan.
*untuk memberi kefahaman yang meluas tentang penggunaan alatan.
*untuk mendedahkan aspek-aspek keselamatan semasa melakukan tugasan dalam bengkel.
*untuk menerangkan ciri-ciri kebersihan diri, alatan dan bengkel.
*sebagai panduan (teori) sebelum melakukan tugasan secara praktikal di dalam bengkel.

Aktiviti 4: Tugasan 4 - Mini Kajian Tindakan

Cadangan mini kajian tindakan kumpulan kami ialah :
"Penggunaan Powerpoint dan Tayangan Video kepada Pelajar Masalah Pembelajaran bagi Memudahkan Pelajar Mengenalpasti Alatan Pertukangan"

Aktiviti 3: Tugasan 3 - Kolokium

Kajian 1:Meningkatkan Penguasaan Dan Minat Pelajar Dalam JawiMelalui Kaedah ‘Congak Jawi'.
Pengkaji :Khuzaimah bt Mohd Daud (P48682) dan Siti Khairiyah bt Sejo (P48715)

Permasalahan kajian :
Dalam kajian ini, masalah yang dihadapi oleh pelajar ialah, mereka gagal untuk menjawikan perkataan rumi yang diberikan dalam ujian bulanan. Selain itu, merekajuga tidak boleh membaca buku teks Pendidikan Islam dengan baik apabila diminta oleh guru. Masalah yang paling ketara ialah mereka tidak menunjukkan minat terhadap perkataan jawi.

Hasil dapatan :
Daripada kajian ini, pengkaji mendapati teknik ini telah membantu dan menarik minat terhadap tulisan jawi. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan penguasaan pelajar dalam penulisan dan pembacaan perkataan jawi.Oleh itu, kajian yang dijalankan bersesuaian dengan kajian tindakan di mana penggunaan Model Kurt Lewis yang melibatkan proses perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.

Kajian 2 :Meningkatkan Kemahiran Mengingat Pelajar Dalam Bab Ibadah Subjek Pendidikan Islam Melalui Teknik Pantun.
Pengkaji :Nazirah binti Alias dan Nurul Hidayah binti Md Yatin

Permasalahan kajian :
Dalam kajian ini, masalah yang dihadapi oleh pelajar ialah mereka sukar untuk mengingat fakta penting yang telah diajar di dalam sesuatu bahagian. Oleh yang demikian, pengkaji telah melakukan suatu pendekatan baru iaitu teknik pantun bagi meningkatkan kemahiran pelajar.

Hasil Dapatan :
Daripada kajian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati, teknik ini dapat menarik minat pelajar terhadap subjek Pendidikan Islam. Di samping itu juga, ia dapat membantu pelajar untuk mengingat fakta-fakta penting yang telah diajar oleh guru.Di dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan Kaedah Gelung Kajian yang mana melibatkan proses refleksi, perancangan, tindakan, dan pemerhatian. Di samping itu, teknik penggunaan pantun merupakan satu pembaharuan di dalam kaedah mengajar Pendidikan Islam kerana selama ini mata pelajaran tersebut diajar dalam keadaan formal dan membosankan. Tetapi terdapat sedikit kelemahan dalam kajian ini di mana pengkaji hanya mengambil pelajar yang mendapat markah tinggi dalam ujian yang diberikan untuk menjawab soal selidik yang dikemukakan oleh pengkaji.

Aktiviti 2: Tugasan 2 - Jurnal

Jurnal 1 :

Tajuk : Graduate Teacher Education and Change : Insightsnfrom a First-Grade Teacher's
ExperiencePenulis : Cathleen Doheny (2002)

•Kajian tindakan ini dilakukan untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh guru pendidikan siswazah dalam latihan mengajar berdasarkan faktor-faktor seperti memahami perubahan yang berjaya dalam latihan mengajar untuk guru siswazah pertama yang memulakan bengkel pendekatan penulisan dalam kelasnya mengikut program siswazah yang bertajuk Writing Across the Curriculum.
•Kaedah yang digunakan ialah pemerhatian terhadap bengkel penulisan yang dibuat oleh Lara Parker (guru yang dikaji) ke atas 26 orang pelajar serta temubual
•Pengkaji menggunakan lima kriteria dalam bengkel penulisan tersebut iaitu hak milik, sokongan, ketabahan, intergrasi dan tindak balas pengajaran.
•Daripada kajian yang dijalankan kriteria yang diutarakan oleh Lara berjaya dalam mengubah pengajaran.

Jurnal 2:

Tajuk : Action Research in the Secondary Science Classroom : Student Response to Differentiated, Alternative Assessment.
Penulis : Waters, F. H., Smeaton, P. S. & Burns, T. G. (2004)

•Kajian tindakan ini dilakukan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap pembezaan, model penaksiran alternatif di dalam kelas sains menegah atas.
•Pembezaan, penaksiran alternatif didefinisikan melalui kajian ini sebagai penaksiran alternatif hibrid dan pembezaan arahan. Ianya menggabungkan penaksiran bukan tradisional seperti projek, pembentangan dan persembahan dengan unsur-unsur pilihan, pelbagai dan pembezaan arahan inidividu.
•Kaedah yang digunakan ialah kaedah kaji selidik yang mengandungi 24 soalan berdasarkan lima skala iaitu daripada sangat bersetuju kepada sangat tidak setuju.
•Hasil kajian menunjukkan majoriti daripada pelajar lebih mengutamakan model penaksiran alternatif, pembezaan berbanding penaksiran tradisional. Pemilihan unsur-unsur, meningkatkan pembelajaran dan pengalaman lanjutan merupakan faktor-faktor yang bermakna dalam keutamaan pelajar.

Jurnal 3 :

Tajuk : Science Teacher's Attemps at Integrating Feminist Pedagogy through Collaborative Action Research.
Penulis : Capobianco, B.M. (2007)

•Kajian tindakan ini dilakukan bagi menentukan pengalaman percubaan 3 orang guru sains untuk mengubah latihan mereka melalui menjalankan kajian tindakan ke atas pengajaran sains yang feminis.
•Data yang diperolehi menerusi temubual, perbincangan antara kumpulan, pemerhatian bilik darjah dan melihat dokumen sokongan. Analisis data bersifat inkuiri naratif.

Aktiviti 1: Tugasan 1 buku

Kajian Tindakan (Hasil daripada perbincangan kumpulan):Satu siri kitaran kajian yang berterusan, di mana ianya dilakukan untuk mendapatkan maklumat tentang bagaimana penambahbaikan atau meningkatkan sesuatu permasalahan atau isu yang timbul pada situasi tertentu di dalam semua bidang (Muhamad, Shuhada & Zulfaizal, 2009

Saturday, November 7, 2009

TUGASAN KELAS: NOTA - Konsep kajian tindakan

  • Semua kajian/penyelidikan bertujuan untuk mencipta pengetahuan baru dan menghasilkan teori baru.
  • Kajian tindakan bertujuan mencipta pengetahuan baru untuk memperbaiki prestasi kerja individu serta menghasilkan teori baru mengenai proses penambahbaikan tersebut. Kesahihan teori ini akan diuji berdasarkan kenyataan individu tersebut (melalui keterangan dan gambaran) bahawa satu proses penambahbaikan telah berlaku. Oleh yang demikian, kajian tindakan memerlukan komitmen peribadi dan akauntabiliti moral individu yang menjalankan kajian tersebut.
  • Oleh kerana kajian tindakan merupakan penyelidikan tentang prestasi seseorang individu, ia tidak boleh digeneralisasikan dan juga direplikasi. Tetapi, ia masih boleh dijadikan sebagai rujukan oleh pihak lain.
  • Dalam bidang pendidikan, kajian tindakan adalah usaha yang boleh dilakukan oleh guru untuk memperbaiki amalan P&P untuk mendapatkan hasil terbaik yang memberi faedah kepada dirinya, pelajar, sekolah dan masyarakat.
  • Kajian tindakan merupakan proses yang berterusan sehingga matlamat yang dikehendaki tercapai.
  • Data kajian tindakan adalah bersifat kualitatif. Walau bagaimanapun, data kuantitatif juga boleh digunakan.

    Rujukan:
  • McNiff, J. 2009. Action research and reflective practice.
  • iBestari. 2009. Pendekatan kajian tindakan.
  • http://pembestariansekolah.info/?p=11 [25 April 2009]

    Contoh:
    Guru mendapati pelajar sukar memahami topik yang diajar kerana lupa topik lepas. Oleh itu guru menyuruh pelajar membuat peta minda bagi topik yang diajar dan dihantar selepas pengajaran topik akan datang. Selepas guru menyemak peta minda tersebut, guru akan memulangkan kepada pelajar untuk penambahbaikan. Dengan itu pelajar akan mempunyai peta minda bagi setiap topik dan akan digabungkan selepas tamat setiap bab.

Friday, November 6, 2009

TUGASAN KELAS: NOTA - Model Kajian Tindakan


MODEL 1: STRINGER'S ACTION RESEARCH INTERACTING SPIRAL (2007)
- mudah dan rekabentuk yang menarik.
- rutin yang tetap dengan lihat(pemerhatian), fikir(refleks) dan bertindak(langkah-langkah).



MODEL 2: LEWIN'S ACTION RESEARCH SPIRAL (2007).

- hasilkan fakta, perancangan, bertindak, penilaian dan mengubah perancangan.


MODEL 3: CALHOUN'S ACTION RESEARCH CYCLE (1994).
- kitaran yang mengikut susunan nombor dan bergerak kehadapan dan kebelakang.




MODEL 4: BACHMAN'S ACTION RESEARCH SPIRAL (2001).
- perolehi maklumat, bertindak merancang, pemerhatian dan menilai tindakan.
-kemudian refleks dan merancang untuk ke kitaran yang baru.


MODEL 5: RIEL'S'S ACTION RESEARCH MODEL (2007).
- 4 langkah: perancangan, ambil tindakan, mengumpul bukti dan refleks.



MODEL 6: PIGGOT-IRVINE'S ACTION RESEARCH MODEL (2006).
- langkah-langkah yang sama: perancangan, bertindak dan refleks.











Sunday, November 1, 2009

TUGASAN 3: Laporan Pembentangan Kolokium

LAPORAN PENCATAT SESI PEMBENTANGAN KOLOKIUM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH AMBILAN JANUARI 2009 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TAJUK PEMBENTANGAN PERTAMA: MENINGKATKAN PRESTASI SOLAT MELALUI PROGRAM TAHSIN SOLAT

NAMA PEMBENTANG :
1. MOHD AZIZI BIN SULAIMAN (P48607)
2. MOHD FA’IZI BIN BASAR (P48639)
3. NIK HIDAYATUL NURSAADAH BINTI HUSIN (P48637)

TARIKH / HARI : 26 OKTOBER 2009 / ISNIN

MASA : 11.00 – 12.00 TGH

BILIK / TEMPAT : BILIK PERDANA A


PERNYATAAN MASALAH:
1. Masalah yang dihadapi pelajar dalam menunaikan ibadah solat.

METODOLOGI KAJIAN, SETTING KAJIAN DAN SAMPEL KAJIAN:
1. Soal selidik dilakukan keatas 50 orang pelajar tingkatan 1 di SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang Selangor.
2. Model yang digunakan dalam kajan ialah Model Kemmis dan McTaggart (1983) yang melibatkan dua kitaran dan setiap kitaran mempunyai empat peringkat iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.
3. Dalam fasa perancangan pengkaji telah membuat tinjauan bagi menentukan sampel, setting, prosedur, pengumpulan dan penganalisian data untuk kajian.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISIAN DATA:
1. Melalui pemerhatian terhadap prestasi solat para pelajar yang merangkumi empat aspek utama iaitu kesempurnaan solat, pemakaian, adab dengan guru dan adab dengan rakan.
2. Melalui temubual dimana guru menemubual kesemua pelajar di awal dan akhir kajian bagi menentukan bilangan subjek kajian yang akan menyertai program tahsin solat dan untuk mendapatkan data akhir bagi menentukan prestasi solat pelajar.
3. Refleksi dibuat selepas aktiviti dilakukan.

IMPLIKASI KAJIAN:
1. Hasil kajian yang dilakukan mendapati program tahsin solat ini berjaya mencapai matlamat kajian dalam memperbaiki dan memantapkan solat para pelajar dan dapat menyemaikan semangat ingin tahu dikalangan para pelajar.

APA YANG DAPAT DIPELAJARI DARI KAJIAN YANG DILAKUKAN:
1. Pada pendapat saya, kajian tindakan amat penting dan perlu dilakukan oleh setiap guru bagi mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar.
2.Selain itu juga dapat mengenalpasti kaedah-kaedah yang terbaik bagi membantu pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

TAJUK PEMBENTANGAN KEDUA:
KEBERKESANAN PENGGUNAAN PERMAINAN TEKA SILANGKATA SEBAGAI AKTIVITI PENGUKUHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

NAMA PEMBENTANG:
1. RADIAH BINTI ZAKARIA (P48602)
2. SAMINI BINTI BIANUS (P48690)
3. ZATUL HIMMAH BINTI SAMSUDIN (P48591)
TARIKH / HARI : 26 OKTOBER 2009 / ISNIN
MASA : 2.00 – 4.00 PETANG
BILIK / TEMPAT : BILIK PERDANA A
PERNYATAAN MASALAH:
1. Pelajar tidak dapat memberikan perhatian semasa proses P&P.
2. pelajar kurang memahami tentang sesuatu subjek yang diajar.
3. Pelajar mudah hilang fokus semasa guru mengajar.
4. Pelajar kurang berminat untuk mempelajari sesuatu matapelajaran.
METODOLOGI KAJIAN, SETTING KAJIAN DAN SAMPEL KAJIAN:
1. Sampel kajian telah dilakukan keatas 98 org pelajar di SMK Bukit Katil, Melaka.
2. 5 kaedah yang digunakan untuk memperolehi hasil kajian tindakan ini iaitu dengan menggunakan kaedah perlaksanaan, pengumpulan data, analisis data, refleksi dan perancangan.
PENGUMPULAN DAN PENGANALISIAN DATA:
1. Melalui pemerhatian guru terhadap pelajar dimana pelajar berminat dengan kaedah permainan ini, secara tidak langsung pelajar berlumba-lumba untuk mengisi jawapan dengan betul dan yakin dengan jawapan yang diberikan.
2. Melalui komen penyelia dimana mengatakan permainan ini sangat sesuai diterapkan dalam P&P dan pelajar seronok untuk mempelajari sesuatu subjek dan mewujudkan pembelajaran berpusatkan pelajar.
3. Melalui temubual yang dilakukan keatas 30 pelajar yang memberikan respon yang positif kerana merasa kelainan dalam proses P&P dan pelajar lebih yakin untuk menjawab sesuatu persoalan yang dikemukan oleh guru.
IMPLIKASI KAJIAN:
1. Kajian yang dilakukan dengan menggunakan kaedah permainan silangkata sebagai aktiviti pengukuhan berbanding soal jawab yang konvensional amat berkesan kepada diri pelajar itu sendiri dan berkesan kepada proses P&P.
2. Pelajar merasa seronok semasa P&P dan lebih yakin untuk menjawab soalan sekaligus meningkatkan penglibatan pelajar dalam bilik darjah.
APA YANG DAPAT DIPELAJARI DARI KAJIAN YANG DILAKUKAN:
1. Guru perlu kreatif dan kritis dalam menghasilkan kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menarik minat dan penglibatan pelajar secara menyeluruh dalam bilik darjah.
2. Guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran kerana kaedah pengajaran secara kuliah pada masa kini kurang sesuai digunakan dalam kelas kerana ia menyebabkan pelajar cepat bosan, hilang fokus, kurang penglibatan dan tidak berminat untuk belajar.
3. Guru perlu mempelajari sesuatu yang baru dari pakar-pakar motivasi atau guru-guru pakar supaya pendekatan yang digunakan dalam P&P mestilah relevan dengan alam pelajar masa kini (globalisasi).