KELEMAHAN pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan:
a) Pengalaman / refleksi secara individu (5 minit)
- Muhamad - Pelajar mudah hilang fokus (yang tidak berminat).
- Zulfaizal - Guru sendiri tidak mempelbagaikan teknik persembahan powerpoint dan tayangan video.
- Shuhada - Pengajaran seperti ini memerlukan alatan yang khusus untuk menjalankannya dan kebanyakan sekolah tidak mempunyai kemudahan yang lengkap.
b) Pengalaman / refleksi dalam pasukan (15 minit )
- Tidak semua pelajar dapat menumpukan perhatian 100% pada P&P yang menggunakan teknologi ini.
- Guru akan mencari jalan mudah untuk mendapatkan hasilan teknologi ini.
- Pelajar akan cepat bosan jika teknologi ini sering kali digunakan dalam P&P.
c) Berdasar literature review penggunaan Powerpoint dan tayangan video mempunyai beberapa kelemahan (Jones, A. M. 2003. The use and abuse of Powerpoint in Teaching and Learning in the Life Sciences : A Personal Overview) seperti :
- Kegagalan peralatan : Kegagalan komponen dalam sistem untuk berfungsi seperti yang dijangkakan. Kegagalan mentol dalam projektor berfungsi amat jarang berlaku tetapi mungkin akan terjadi.
- Fail tidak dapat dipersembahkan disebabkan oleh kerosakkan magnetik atau fizikal.
- Kurangnya latihan yang bersesuaian dalam program dan teknologi.
No comments:
Post a Comment