Friday, December 4, 2009

Tugasan 1 : Ulasan Buku

Buku : Action Research : Teachers as Researchers in the ClassroomPenulis : Craig A. Mertler (Bowling Green State University)

MAKSUD KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan telah mula menarik minat para guru, pentadbir dan pembuat dasar di dalam negara (Mills, 2007). Kajian yang sistematik yang dikawal oleh para guru, pentadbir, kaunselor atau lain-lain dengan menarik minat seseorang dalam proses pengajaran dan pemahaman atau persekitaran untuk mencari jalan mendapatkan maklumat tentang bagaimana perjalanan utama persekolahan, bagaimana mereka mengajar, dan bagaimana pelajar mereka faham (Mills, 2007).


MENGAPA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan cara yang berkesan untuk menggabungkan antara teori dan amalan, selain itu dapat meningkatkan amalan dalam pendidikan, juga memberi kuasa kepada para guru untuk membuat keputusan, mengenalpasti masalah-masalah pendidikan dan menyelesaikannya, menyediakan peluang-peluang untuk guru mengembangkan profesyen perguruan, dan dapat memberi pengetahuan kepada guru-guru novis atau guru-guru pelatih.


PROSEDUR KAJIAN
Kajian tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat iaitu perancangan, perlaksanaan, pemantauan dan refleksi.
1. Pada peringkat perancangan terdapat 4 langkah iaitu mengenalpasti permasalahan tajuk, mengumpul maklumat, mengkaji kajian-kajian lepas yang berkaitan dan membina perancangan-perancangan kajian.
2. Peringkat perlaksanaan perkara yang dilakukan adalah melaksanakan perancangan dan mengumpul data serta menganalisis data.
3. Proses pemantauan mengenai perlaksanaan apa yang dirancang dilakukan.
4. Proses refleksi iaitu dengan berkongsi mengenai dapatan kajian dan merefleksi keseluruhan proses.

PENGUMPULAN DATA
Terdapat dua jenis data iaitu data kualitatif dan data kuantitatif.
1. Data kualitatif berbentuk naratif, terutamanya dalam bentuk perkataan yang dikumpul melalui pemerhatian, temubual atau jurnal atau dengan mendapatkan dokumen-dokumen dan rekod-rekod yang sah. Pemerhatian mestilah dilakukan dengan secara sistematik dan teliti serta merakam apa yang dilihat dan didengar pada latar yang diberikan. Pemerhatian di dalam bilik darjah boleh dilakukan secara berstruktur, separa berstruktur dan tidak berstruktur. Pemerhatian ini dicatatkan di dalam bentuk nota tulisan yang mempunyai ulasan-ulasan daripada pemerhati. Temu bual merupakan perbualan formal antara individu yang mungkin distruktur, separa berstruktur atau terbuka. Temu bual ini juga boleh dikendalikan melalui email. Kepentingan utama bagi seorang guru yang melakukan kajian adalah mewujudkan kebolehpercayaan data mereka iaitu termasuk ketepatan, kredibiliti dan kebergantungan satu data kualitatif.
2. Data kuantitatif merupakan data yang bernombor dan termasuk data yang boleh dikira, dijumlah atau dinilai. Soal selidik adalah satu tinjauan melibatkan soalan-soalan atau kenyataan-kenyataan yang ditadbir dalam bentuk bertulis. Item-item pada soalan-soalan mungkin terdiri daripada soalan jenis terbuka dan soalan berbentuk penilaian berskala.Tinjauan pendapat dan penilaian berskala adalah berkesan untuk mengumpul data daripada beberapa individu dengan serentak tetapi kadangkala memakan masa untuk menganalisis. Senarai semak adalah penilaian berskala yang ringkas di mana hanya pemilihan jawapan yang disediakan. Kesahihan data kuantitatif adalah di mana takat data tersebut boleh dipercayai.

MENGANALISIS DATA
Menganalisis data kualitatif adalah satu proses induktif yang melibatkan pengurangan maklumat yang telah dikumpul dengan menyusun ia kepada pola-pola penting. Pengurangan data kualitatif dicapai melalui skema pengekodan, iaitu digunakan untuk menggabungkan data yang mempunyai maklumat yang sama. Merefleksi sepanjang proses analisis induktif adalah suatu yang penting untuk mengekalkan objektif dan berfikiran terbuka semasa mendapat pemahaman lebih baik mengenai data-data yang diperolehi.Analisis data kuantitatif adalah satu proses deduktif, menggunakan deskriptif atau berdasarkan inferens statistik. Statistik deskriptif adalah prosedur-prosedur matematik yang ringkas yang digunakan untuk memudahkan, meringkaskan dan menyusun jumlah data berangka yang besar.Inferens statistik digunakan untuk menentukan bagaimana hasil statistik adalah untuk populasi keseluruhan, berdasarkan pengumpulan data daripada sampel yang lebih kecil daripada populasi tersebut.

No comments:

Post a Comment