Friday, December 4, 2009

Tugasan 2 : Ulasan Jurnal

LAKUKAN PERBANDINGAN (PERSAMAAN DAN PERBEZAAN), PENGANALISISAN, PENILAIAN, PERUMUSAN, PENSINTESISAN DRAI SEGI SAMPEL, SETTING KAJIAN, PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN, PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA YANG DILAKUKAN OLEH PENULIS JURNAL.



JURNAL


JURNAL 1
Tajuk : Using Action Research to Improve Teaching and Student Learning in College.
Pengarang : C. Dianne Raubenheimer dan Jennifer L.Myka
Tahun : 2005

JURNAL 2
Tajuk : Research into Practise : Application of Participatory Action Research to Family School
Intervation.
Pengarang : Bonnis S.Ho
Tahun : 2002

JURNAL 3
Tajuk : The Action Research Endeavors of Six Classroom Teachers and Their Perceptions of
Action Research.
Pengarang : Deborah Sardo -Brown



PERBANDINGAN ( PERSAMAAN DAN PERBEZAAN )


Persamaan

Ketiga-tiga jurnal ini menggunakan teknik pengumpulan data melalui pemerhatian. Pemerhatian ini bukanlah melibatkan penglihatan sahaja tetapi ia perlu dilaksanakan secara sistematik. Melalui pemerhatian, kita boleh merakam tindakan kita dan apa yang penting sekali ialah menganalisis dan menafsirkan apa yang kita lihat

Perbezaan

Kajian daripada ketiga-tiga jurnal dapat dinyatakan bahawa jurnal 1 dan jurnal 3 merupakan kajian tindakan yang dilakukan secara individu manakala jurnal yang kedua pula merupakan kajian tindakan yang dilakukan secara kolaboratif.


Setting kajian tindakan yang dilakukan oleh penyelidik berdasarkan kepada jurnal-jurnal yang di atas dilakukan dalam situasi sebenar seperti di dalam bilik darjah atau sekolah. Bagi jurnal yang pertama ia dilakukan di makmal zoology yang bertempat di kolej.



SAMPEL

JURNAL 1 : Pelajar-Pelajar.
JURNAL 2 : Pelajar
JURNAL 3 : Guru kelas ( 4 orang perempuan dan 2 orang lelaki).

Huraian

Sampel kajian yang digunakan dalam ketiga-tiga jurnal ini adalah terdiri daripada guru dan pelajar.



SETTING KAJIAN

JURNAL 1 : Makmal Zoologi (kolej)
JURNAL 2 : Sekolah
JURNAL 3 : Sekolah ( 2 di sekolah rendah, 2 di sekolah menengah dan 2 di
sekolah tinggi)
bilik darjah

Huraian

Setting kajian yang dinyatakan dalam jurnal pertama dilaksanakan di sebuah kolej yang mengunakan makmal sains untuk proses pembelajaran. Manakala jurnal kedua dan ketiga lebih difokuskan kepada tempat yang lebih khusus seperti sekolah dan bilik darjah. Dalam ketiga-tiga setting kajian ini, artikel ketiga merupakan setting kajian yang memuaskan kerana dalam jurnal ini ada dinyatakan jumlah sekolah yang terlibat dalam melakukan kajian tersebut.



PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN


JURNAL 1
Analisis masalah iaitu Mengenal pasti masalah yang hendak dikaji
Merancang campur tangan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah
Perlaksanaan Tindakan
Pemerhatian
Menilai dan Merefleksi.


JURNAL 2
Membentuk kerjasama dengan persatuan sekolah iaitu mengenalpasti ahli-ahli di sekolah dalam semua peringkat
Mengenalpasti masalah yang hendak dikaji
Mengumpul data dan menganalisis
Membentuk data sintesis dan menjana idea serta cadangan
Mencipta data melalui tindakan
Penilaian


JURNAL 3
Merancang bagaimana mengawal perubahan di dalam bilik darjah
Membina insentif
Melaksanakan satu kajian perintis
Analisis data

Huraian
Prosedur kajian bagi jurnal pertama diterangkan secara jelas tentang langkah-langkah perlaksanaan kajian tindakan iaitu penyelidik melakukan 3 kitaran secara berterusan supaya kajian tindakan yang dilaksanakan untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran pelajar di kolej tercapai. Kajian ini lebih berfokus untuk mempertingkatkan penggunaan makmal di kalangan pelajar kolej tersebut. Kitaran pertama yang digunakan dalam jurnal ini melibatkan lima langkah pada permulaannya iaitu Mengenal pasti masalah, Merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi tetapi masuk pada kitaran yang kedua dan ketiga, hanya melibatkan 4 langkah sahaja iaitu merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi. Kitaran ini berlaku secara berterusan.

Manakala jika dilihat kepada jurnal yang kedua ia merupakan prosedur kajian tindakan yang dilakukan untuk mengetahui proses penyertaan kajian tindakan bagi kerjasama keluarga dan ibubapa. Jurnal yang ketiga merupakan prosedur kajian yang simple dilaksanakan untuk menguji peningkatan pelajar dalam kemahiran bacaan lisan.



PENGUMPULAN DATA

JURNAL 1 : Catatan Lapangan, Pemerhatian.
JURNAL 2 : Pemerhatian, penyoalan terbuka, skala likert
JURNAL 3 : Soal selidik, soal selidik terbuka, Ujian Skala Likert, Pemerhatian.

Huraian

Persamaan ketiga-tiga jurnal ini ialah menggunakan kaedah pemerhatian dalam teknik pengumpulan data. Semua kaedah pengumpulan data yang dinyatakan ini tidak disertakan penerangan yang terperinci dan hanya menyebut sahaja bagaimana data ini dikumpul.



PENGANALISISAN DATA

JURNAL 1 :Menganalis data melalui pemerhatian.
JURNAL 2 : Menunjukkan perbezaan penting melalui cara tafsiran dalam bentuk jadual supaya dapat difahami.
JURNAL 3 :Kualitatif dan Kuantitatif untuk menjawab soalan kajian tindakan.

Huraian

Pemerhatian dibuat tiga kali secara berterusan yang melibatkan tiga kitaran. Berdasarkan kajian dalam jurnal ini, analisis data yang digunakan ialah kaedah Taxonomy Bloom’s dalam menggunakan makmal di kalangan pelajar iaitu pengukuran dari segi pengetahuan, kefahaman, penggunaan, analisis, sintesis dan penilaian. Bahagian artikel kedua pula, analisis data dibuat berdasarkan kepada pembentukan jadual bagi memudahkan data itu dapat difahami iaitu kiraan dalam bentuk peratus 33% komunikasi, 30% cara menolong anak mereka dalam pencapaian akademik, ulangkaji dan sebagainya, 20% menyatakan kepuasan hati terhadap sekolah guru dan 17% pertimbangan yang istimewa atau kemudahan dan program yang boleh membantu ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak mereka. Manakala jurnal ketiga lebih kepada penganalisisan data mengggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif.



RUMUSAN KAJIAN

JURNAL 1
Jurnal ini lebih membincangkan kepada memperbaiki strategi pengajaran untuk mempertingkatkan pembelajaran pelajar dan penggunaan makmal di kalangan pelajar kolej. Kajian ini menggunakan proses kitaran kajian tindakan yang mudah difahami dikenali sebagai “Gelungan Skema Kajian Tindakan Berterusan”. Proses ini merupakan proses yang lengkap melibatkan tiga kitaran yang berterusan sehingga objektif yang dikehendaki dalam kajian tersebut tercapai. Selain itu, untuk menambahbaikan proses pengajaran, perlulah kepada fikiran baru dalam pembelajaran pelajar dan penggunaan strategi pengajaran yang baru.


JURNAL 2
Kajian ini melibatkan kerjasama antara keluarga dan sekolah untuk merapatkan hubungan yang teguh antara penglibatan ibu bapa dan memperbaiki hasil pendidikan untuk pelajar supaya menjadi lebih teratur dan berkesan. Penyertaan kajian tindakan ialah proses di mana penyelidik beroperasi sebagai rakan kerjasama sepenuh masa dengan ahli-ahli persatuan untuk memautkan teori dan kajian supaya latihan dapat diterima dan berkesan. Sekolah diberi tanggungjawab menggunakan pendekatan ini untuk memberi perhatian bagi membangun pergabungan peringkat sistem bagi kebanyakan masalah tertentu seperti pengkongsian keluarga-sekolah dengan tidak beruntung dari segi ekonomi dan mempunyai keluarga-keluarga yang pelbagai dari segi budaya dan linguistik. Jurnal ini mempunyai proses kajian yang tersendiri untuk mengkaji dan mengenalpasti masalah pelajar ke arah membentuk kepimpinan pelajar.


JURNAL 3
Jurnal ini menceritakan tentang usaha-usaha enam orang guru kelas dan persepsi mereka dalam melakukan kajian tindakan. Mereka ingin mengkaji berkenaan dengan penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam bilik darjah. Faedah yang boleh didapati setelah melakukan kajian tindakan ini ialah untuk mencari kaedah pengajaran yang baru yang boleh dicadangkan dalam kajian tinjauan dan untuk meningkatkan professional. Selain itu, ia adalah untuk memperbaiki komunikasi dengan pelajar-pelajar dan untuk mendapatkan perspektif peribadi tentang kesan-kesan kaedah pengajaran dipelajari di universiti. Ini merupakan faedah yang besar untuk menjadi seorang guru di dalam sebuah sekolah daripada tahap sekolah rendah dan menengah untuk berkongsi dapatan kajian tindakan mereka dengan yang lain.



HASIL KESELURUHAN

Setelah saya membaca ketiga-tiga jurnal, di sini dapatlah saya rumuskan bahawa kesemua jurnal ini lebih kepada kajian tindakan dalam pendidikan. Sampel yang digunakan dalam kajian ini lebih kepada pelajar dan guru sebagai responden malah setting kajian juga lebih berfokus kepada sekolah sebagai tempat kajian yang sesuai dijalankan apabila melaksanakan kajian tindakan. Apabila dikaji ketiga-tiga jurnal ini, saya dapati jurnal yang pertama merupakan jurnal yang terbaik kerana dalam jurnal ini ia banyak menggunakan proses kitaran kajian tindakan berterusan yang melibatkan tiga kitaran untuk mengkaji keberkesanan penggunaaan makmal di kalangan pelajar. Dari segi pengumpulan data pula, dapat dinyatakan bahawa ketiga-tiga artikel ini menggunakan kaedah pemerhatian untuk melakukan kajian tindakan. Jika dilihat dari sudut penganalisisan data pula, ia tidak menunjukkan teknik penganalisisan data secara jelas dan terperinci.

No comments:

Post a Comment